Assalamu'alaikum Wr. Wb
TANDA-TANDA BAHAGIA MENGIKUT KONSEP ISLAM
1.Menjauhkan diri daripada urusan-urusan dunia yang tak penting dan orang yang cinta kepada akhirat--berlaku adil ( meletakkan sesuatu pada tempatnya)
--mencintai akhirat melebihi mencintai dunia
2.Kuat kemahuan kepada ibadah dan membaca Al-Qur’an
3.Orang yang sedkit bercakap dan banyak bekerja
4.Orang yang sentiasa menjaga solat fardhu 5 kali sehari
5.Orang yang menjaga diri daripada perkara-perkara yang haram dan syubhat
6.Orang yang bersahabat dengan orang yang soleh
7.Tawaddhu’(rendah diri), tidak takbur dan tidak sombong
8.Bersifat dermawan lagi mulia
9.Belas kasihan kepada makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Orang yang sentiasa mengingati mati
PENYAKIT HATI
Tanda-tanda
penyakit hati:
1. Tidak
minat belajar
2. Cinta
kepada dunia melebihi segala-segalanya (berjuang bersungguh-sungguh
untuk
mencapai segala tujuan di dunia
3. Malas
beribadat
4. Gemar/seronok
untuk buat maksiat
5. Suka
dipuji-puji dan bermegah-megah
"Tidak
akan masuk syurga seseorang itu jika terdapat perasaan bangga dalam
diri
walaupun hanya sebesar biji sawi” ---Hadis Nabi---
6. Tidak
suka kepada kebajikan
Cara merawat hati:
1. Banyakkan
berbuat ibadat
2. Banyakkan
berzikir dapat membersihkan hati
“Janganlah
kamu mengikut orang yang telah Kami lalaikan dan mengikut nafsu”
---Surah Al-Kahfi 28---
3. Melakukan
Qiamullail
4. Banyakkan
berpuasa
5.
Mancari sumber rezeki yang halal
15 AZAB BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
6
azab di dunia:
1. Dihilangkan keberkatan umurnya
2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5. Tiada doa daripada para solehin untuknya
6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman
3
azab ketika hampir mati:
1. Kematiannya penuh kehinaan
2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat
3 azab ketika di dalam kubur
1 Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di
atas api
tersebut
3 Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana
petir, ia berkata “Hai manusia!Sesungguhnya
aku diperintahkan menyiksa
kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu
meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu
meninggalkan fardhu
Asar”,
begitulah seterusnya
dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.
3
azab ketika bertemu Allah s.w.t:
1. Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu
membelenggu
lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka
Saqar.
2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
3. Baginya azab yang amat pedih
Nauzubillahiminzalik….
12
GOLONGAN DI HARI AKHIRAT
Firman
Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada waktu itu)
ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah
diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina
Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?"
Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah
yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz,
umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11
golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki
syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka
menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.
Inilah balasan bagi mereka yang
enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang
mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan
mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari
mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya
keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta
mati
sebelum bertaubat.
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan
mereka yang memakan harta anak
yatim secara zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini
adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya
berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini
adalah balasan mereka minum minuman
keras.
Dan
satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian
Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan
menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan
bertaubat."
Wassalamu'alaikum Wr. Wb
Seumber: http://stringer-jp.tripod.com/renungan1_main.htm
Tidak ada komentar:
Posting Komentar